Wednesday, November 5, 2008

LAPORAN BENGKEL SSQS 2 SMSLD


PENDAHULUAN
Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel SSQS 1 yang telah dijalankan pada 22 Oktober 2008. Dalam bengkel ini, guru-guru telah menjawab soalan SSQS terdapat di dalam borang data asas petunjuk prestasi utama Smart School Qualification Standards (SSQS) yang diberikan secara online.

OBJEKTIF
1. Menerangkan kepentingan SSQS.
2. Menerangkan kepentingan kedudukan bintang atau star ranking.
3. Menerangkan Petunjuk Prestasi Utama.
4. Menerangkan bagaimana setiap soalan di dalam kajiselidik SSQS perlu dijawab.
5. Memberi contoh jawapan untuk setiap soalan.
6. Membimbing guru menjawab setiap soalan.

FASILITATOR
Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada En. Jackson Siga dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kota Kinabalu

TEMPAT
Bilik Bestari, SM Sains Lahad Datu.

TARIKH DAN MASA
3 November 2008, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

KUMPULAN SASARAN
Kursus ini disertai oleh 37 orang .

PERBELANJAAN KURSUS
· Perbelanjaan kursus adalah sebanyak RM518.00 sahaja.