Tuesday, August 19, 2008

Protokol & Etikat Sosial SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

Latihan Dalam Perkhidmatan kali ketiga SM Sains Alam Shah telah dijalankan di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada 10 Mei 2008 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.30 petang. LDP ini dihadiri oleh semua guru-guru dan staf sokongan ASiS seramai 70 orang. LDP pada kali ini bertajuk Protokol dan Etikat Sosial yang telah disampaikan oleh penceramah dai Institut Aminuddin Baki, genting Highlands iaitu En. Shamsuddin bin Osman.


Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
tentang protokol dalam sesebuah majlis dan etikat sosial yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

Selain aktiviti ceramah, guru-guru dan staff-staff melalui latihan dalam kumpulan. Peserta diperlihatkan cara-cara berjalan, duduk, makan dan bercakap mengikut protokol yang betul. Jumlah perbelanjaan bagi kursus ini ialah RM 2970.

Semoga kursus ini akan meningkatkan lagi profesionalisme dan keterampilan semua peserta yang terlibat dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan

SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur