Tuesday, August 19, 2008

One Great “SMS” Team Program (Experiantal Learning) SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur






SMS Sains Alam Shah Kuala Lumpur telah mengadakan kursus One Great “SMS” Team Program (Experiantal Learning) bertempat di Jeram Besu, Benta Pahang pada 18 – 20 Januari 2008 dan dihadiri oleh 40 orang SMS Alam Shah.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan disamping memberikan motivasi dan mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru yang terlibat.
Antara aktiviiti yang dijalankan ialah aktiviti 'Ice Breaking', aktiviti Night Walk, senaman pagi dan juga aktiviti "White Water Rafting" yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah daripada
A-Sport Adventures. Aktiviti "White Water Rafting" adalah diantara aktiviti yang paling menarik dan mencabar bagi semua peserta. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Aktiviti Arus Deras, Benta Pahang.

Kursus ini telah melibatkan kos sebanyak RM14,000. Pembiayaan program ini diperolehi daripada sumbangan PIBG SM Sains Alam Shah dan juga sumbangan daripada agensi luar dan orang perseorangan.

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Latihan Dalam Perkihdmatan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur