Tuesday, August 19, 2008

Latihan Dalam Perkhidmatan Kedua SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur





Latihan dalam Perkhidmatan 2 telah dijalankan pada 12 April 2008 bertempat di SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur. LDP ini telah dikendalikan oleh Al-Farabi Consultant & Management di bawah seliaan Haji Ahmad nazri bin Mansor.

LDP ini menjurus kepada pembinaan pasukan atau ‘team building’. Bermula dengan pendaftaran dan sarapan pagi guru-guru kemudian melalui sesi ice breaking dengan fokus kepada pengetahuan tentang team building.

Sesi kedua, guru-guru diberikan pandangan oleh ilmuan Islam dan barat tentang pembinaan pasukan. Daripada pandangan tersebut, guru-guru dipandu untuk membuat pembentukan pasukan yang bermatlamatkan Iman dan Islam.

Sesi ketiga, Latihan Dalam Kumpulan – guru-guru dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan berbincang untuk membentuk ciri-ciri pasukan mereka. Sesi pembentang memperlihatkan guru-guru memahami maksud sebenar pembinaan pasukan dan hala tuju kecemerlangan sekolah sebagai sebuah pasukan.

Kos keseluruhan bagi kursus ini ialah RM 1918.00. Diharapkan kursus ini akan meningkatkan prestasi guru-guru dalam meningkatkan pencapaian akademik sekolah didalam peperiksaan SPM 2008.

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan

SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur