Tuesday, August 19, 2008

Latihan Dalam Perkhidmatan 4 "Menjana Kecemerlangan Kerjaya" SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur





Latihan Dalam Perkhidmatan 4 dijalankan di Bilik Gerakan ASiS pada 19 Julai 2008. Penceramah jemputan adalah Puan Rokiah bt. Mahmood, Kaunselor Kanan UiTM, Shah Alam.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kesedaran kendiri untuk memupuk budayacemerlangan di kalngan guru SM Sains Alam Shah. Penceramah memulakan aktiviti dengan sesi ‘Ice Breaking’ iaitu meminta guru-guru dan staf menyebutkan satu matlamat dalam hidup mereka. Melalui matlamat hidup yang telah dimaklumkan Pn. Rokiah merumuskan insan perlu mempunyai matlamat hidup, jika tidak hidup tidak membawa makna.

Penceramah juga memperjelaskan tentang bagaiman menjadikan kerja suatu matlamat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Pn. Rokiah banyak memberikan contoh dan teladan melalui cerita-cerita yang digarap melalui persembahan multimedia dan tayangan pendek.

Diakhir kursus, penceremah meminta guru dan staf mengisi borang soal selidik personaliti, matlamat jangka panjang, fokus minda dan sifat peribadi spesifik setiap individu.

Kos bagi program ini ialah RM 2100.00. Semoga program ini akan mendatangkan kesan yang positif dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.


Disediakan oleh:

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan

SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur