Wednesday, August 20, 2008

LDP SMSTSP kali 4 2008 ( Kursus PERASA)








Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra telah mengadakan LDP kali ke 4 iaitu Kursus PERASA pada 9 OGOS 2008. Kursus ini diadakan di Hotel Seaview Kuala Perlis dan dihadiri oleh 65 orang guru SMSTSP.

Kursus ini dijalankan untuk memberikan pendedahan yang mantap dalam organisasi di samping menjelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh guru-guru untuk mencapai kecemerlangan dalam sesebuah organisasi.

Sesi ceramah dan aktiviti disampaikan oleh Tn Hj. Rosli bin Derani. dan En. Mohd Hashim bin Mohd Alwi sebagai fasilitator, pegawai JPN Perlis. Hasil maklumbalas guru-guru SMSTSP, amat berpuashati mengenai aktiviti yang dijalankan kerana dapat memantapkan persekitaran pekerjaan yang harmonis dalam satu organisasi.

Kursus ini melibatkan kos i. Hotel RM 2775.00 ( RM Dua ribu tujuh ratus tujuh

puluh lima )

ii. Bayaran 2 penceramah RM 1080.00 ( RM Satu ribu

lapan puluh )

Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 3855.00 (RM Tiga ribu lapan ratus lima puluh

lima sahaja)

Semoga SMSTSP terus cemerlang.

Disediakan oleh

S/U LDP