Sunday, August 10, 2008

PERKONGSIAN ILMU PN HJH NORBI HUSIN BERSAMA GURU-GURU SDAR

Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah Dato' Abdul Razak telah menganjurkan ceramah perkongsian ilmu bersama Pn Hjh Norbi bt Hj Husin, bekas Pengetua Cemerlang sekolah di Melaka. Perkongsian ilmu berdasarkan tajuk Budaya Kerja Cemerlang telah diadakan pada hari Selasa 29hb Julai pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Putra.
Ceramah ini adalah amat penting kerana jika guru hendak mencapai tahap kejayaan maksimum, guru perlulah sentiasa muhasabah diri dan budaya kerja untuk memastikan apa sahaja yang dilakukan oleh guru tidak sia-sia dan mampu menghasilkan kecemerlangan. Perbandingan terutama tentang budaya dan etika kerja perlu dilakukan dengan mereka-mereka yang telah diakui menunjukkan kecemerlangan agar guru berupaya melakukan penambahbaikan demi memantapkan profesionalisme keguruan. Diharap ceramah ini dapat memberi input dan motivasi kepada guru agar terdorong untuk berusaha ke arah kecemerlangan dan menwujudkan budaya kerja cemerlang di sekolah.
Ceramah ini dihadiri oleh 55 orang guru dan menelan belanja sebanyak RM780.00 (Tujuh Ratus Lapan Puluh Ringgit Sahaja)