Sunday, August 10, 2008

Pembangunan Perisian Komputer dan "Online Homework"

SBP Integrasi Gopeng telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesional Guru pada 9 Ogos 2008. Pada hari tersebut telah diadakan dua program iaitu Pembangunan Perisian Komputer dan "Online Homework".
Sasaran kursus ini adalah semua guru SBP Integrasi Gopeng dan telah dihadiri seramai 60 orang. Objektifnya adalah semua guru mahir dalam pembinaan item pelbagai aras iaitu mudah, sederhana dan sukar terutamanya semasa peperiksaan. Selain itu, para guru juga didedahkan dengan antivirus terkini bagi mengelakkan menularnya virus. Guru-guru juga disaran memberikan kerja rumah melalui laman web sekolah.
Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, merangkumi aktiviti ceramah oleh Guru IT iaitu Cik Norihan Zainuddin. Para guru dapat memuat turun antivirus terkini seperti Dr.Web, Cixent V3.Force Remover, Portable Antivirus dan sebagainya. Guru-guru dapat mengetahui cara untuk mengelakkan komputer daripada dimasuki virus.
Seterusnya, "Online Homework" diadakan pada pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang, merangkumi aktiviti ceramah oleh Pengetua SBP Integrasi Gopeng iaitu Dzulkifli bin Mohd Supin. Para guru didedahkan dengan kaedah memberikan kerja rumah melalui laman web sekolah. Para pelajar boleh melayari laman web sekolah bagi mendapatkan kerja sekolah.
Kursus ini membelanjakan kos sebanyak RM1,716.30 ( Ringgit Malaysia Satu Ribu Tujuh Ratus Enam Belas Ringgit dan Tiga Puluh sen sahaja).