Sunday, August 10, 2008

KURSUS FOTOGRAFI DIGITAL DAN ADOBE PHOTOSHOP 7.0 SIRI 1 DI SDAR

Pada hari Jumaat, 25 hb Julai 2008, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah Dato' Abdul Razak telah menganjurkan kursus Fotografi Digital dan Adobe Photoshop. Kursus yang diadakan di Bilik Mesyuarat Putra pada pukul 3.00 petang itu telah dihadiri oleh 20 orang guru yang merangkumi JK Kaunseling, JK Media, JK Lawatan, GKMP dan JK Dokumentasi. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Abdun Nasir b. Daud, Pensyarah Institut Perguruan Raja Melewar.
Kursus ini diadakan atas kesedaran bahawa pengunaan ICT yang berkesan mampu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, penggunaan simulasi ICT dalam pengajaran Biologi meningkatkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu topiK. Tambahan pula sekolah mempunyai 2 makmal komputer yang belum digunakan secara optimum. Kemahiran Adobe berguna untuk guru mempelbagaikan bahan bantu pengajaran dan seterusnya merangsang minda pelajar supaya lebih tertarik kepada P&P.
Kursus ini telah menelan belanja sebanyak RM320.00 (Tiga Ratus Dua Puluh Ringgit Sahaja)