Tuesday, July 1, 2008

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-3 (SMART SKILL)

SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke-3 iaitu ‘Smart skill’. Program ini dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 14 Jun 2008 di Dewan Peperiksaan SBPI Gombak. Peserta yang menyertai program ini seramai 64 orang. Program ini dijalankan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga guru yang lebih efektif dan inovatif serta lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel dan sesi soal jawab oleh penceramah jemputan iaitu En. Mohd. Dawi Bin Ithnin, pegawai dari Institut Aminuddin Baki. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 992 iaitu meliputi bayaran makanan dan saguhati penceramah.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancer seperti yang dirancangkan. Guru-guru telah memberikan kerjasama dan komimen yang jitu bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh,
En. Mohd. Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak