Tuesday, July 1, 2008

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF KALI KE-2 (EMOTION QUOTIENT (EQ) AND SPIRITUAL QUOTIENT(SQ))


SBP Integrasi Gombak mengadakan program Perkembangan Staf kali ke-2 pada hari Rabu bersamaan 11 Jun 2008. Peserta yang menyertai program ini seramai 66 orang. Ia dijalankan di Dewan Peperiksaan SBPI Gombak.

Matlamat program ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab , efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengn penuh keikhlasan dan berterusan.

Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel serta sesi soal jawab. Penceramah jemputan merupakan pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Mohammed Ghazali Bin Hamzah. Kos bagi menjayakan program ini sebanyak RM 504 yang meliputi perbelanjaan makanan dan saguhati penceramah.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ia telah memberi impak yang positif kepada semua guru yang hadir. Para guru telah memberikan maklumbalas yang positif memandangkan tajuk yang disampaikan amat bertepatan bagi melahirkan warga guru yang benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Disediakan oleh,
En. Mohd. Fuad Bin Abdul Wahab
Guru Perkembangan Staf SBPI Gombak