Monday, June 30, 2008

SEMINAR PERKEMBANGAN STAF STF 2008


Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru telah mengadakan Seminar Perkembangan Staf pada 21 Jun 2008 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seminar ini telah diadakan di di Bilik Mesyuarat Sekolah Tun Fatimah. Seminar ini telah dihadiri oleh 60 orang guru.

Seminar ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru di sekolah ini. Seminar terbahagi kepada dua sesi.
Sesi pertama bertajuk " Concept Behind Head Count" ( How to Read A Data)
Dalam sesi ini guru diberi pendedahan tentang strategi peningkatan prestasi akademik melalui head count dan post mortem.
Sesi kedua bertajuk " Drive to Excellent".
Untuk sesi ke dua guru didedahkan bagaimana penampilan dan personaliti sebagai seorang penjawat awam.

Ceramah disampaikan oleh Tengku Azuan Tengku Mohamed. Sebagai seorang mantan pengetua yang telah berkhidmat di beberapa buah SBP beliau telah menyampaikan isi ceramah dengan begitu berkesan sekali.

Seminar ini telah melibatkan kos berjumlah RM 2000.00 ( RM : Dua Ribu sahaja)

Semoga seminar ini dapat manfaat oleh semua peserta untuk menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh;
Cik Norsilah Kamaruddin dan Puan Rosmah Abdullah