Dalam ceramah ini puan penceramah telah mengupas keistimewaan serangga bernama lebah
seperti yang dinyatakan dalam Al Quran Surah An-Nahl. Seterusnya beliau mengaitkan cara hidup dan bekerja lebah dengan kehidupan manusia. Ceramah ini diakhiri dengan penerangan tentang Etika Pekerja Islam. Diharap selepas ini guru-guru SDAR dapat menerapkan sifat-safat positif lebah dalam diri masing-masing supaya menjadi guru yang produktif demi kebaikan anak bangsa.
Keseluruhannya, ceramah ini telah menggunakan kos sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia tiga ratus sahaja)