Sunday, June 15, 2008

Bengkel Menanda Kertas Pendidikan Islam

Pada 21 hb Mei 2008, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Bengkel Menanda Kertas SPM dan PMR untuk subjek Pendidikan Islam. Bengkel yang diadakan di Bilik Mesyuarat Guru Aras Dua SDAR bermula dari pukul 2.30 ptg hingga 4.30 ptg telah dihadiri oleh 5 orang guru Pendidikan Islam. Bengkel ini dikendalikan oleh Tn Syed Zulkarnain b. Syed Nordin, Penolong Kanan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu yang juga merupakan Ketua Pemeriksa Kebangsaan. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru bagaimana cara penandaan yang betul mengikut format demi mendapat skor pelajar yang baik.
Bengkel ini telah menelan belanja sebanyak RM200.00 sahaja. (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja)