Sunday, June 15, 2008

"English everybody?"

Pembentangan guru

Demi memantapkan penggunaan dan penghayatan Bahasa Inggeris di kalangan guru-guru PPSMI, dua program telah diadakan serentak untuk mereka pada hujung minggu pertama semester kedua iaitu pada Sabtu, 14 Jun 2008 dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh. Yang pertama, Program Pemantapan Bahasa Inggeris Guru-Guru PPSMI khas untuk guru-guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik menengah atas dan rendah. Program ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Putra dan turut dihadiri oleh 14 orang guru. Ceramah telah disampaikan oleh En. Zaidi b. Yazid, Ketua Unit PPSMI, Pusat Perkembangan Kurikulum.
"Khusyuk!"

Yang kedua adalah Program Pemantapan Profisiensi bertujuan untuk membantu atau menyediakan guru-guru Matematik dan sains menghadapi ujian Penilaian Tahap Profisiensi (PTP). Program yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras Dua telah dihadiri oleh 7 orang guru dan dikendalikan oleh Pn. Sharifah Adilah bt. Syed Mohammad, Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Program telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan menelan belanja sebanyak RM 1150.00 ( Seribu seratus lima puluh sahaja)