Monday, June 16, 2008

Laporan LDP Malay College Kuala Kangsar Pertama

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Permasalahan Disiplin Guru dan Pelajar untuk guru-guru sekolah ini pada 1 Mac 2008. Kursus ini telah diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti para guru dan kaedah yang sesuai untuk menangani kes salah laku dalam kalangan pelajar secara efektif.
Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh Encik Shashim Shah b. Harun, Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Kursus ini tidak melibatkan kos daripada peruntukan LDP.
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK