Tuesday, June 17, 2008

Laporan ldp ke-2 Malay College Kuala Kangsar


The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk guru-guru sekolah ini pada 10 Mei 2008. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Mohd Rauhi b. Mohd Isa yang diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran ICT dalam P&P para guru agar pengajaran guru lebih menarik.

Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh Encik Safuan b. Rabaai dan Puan Azizah Abu Bakar.

Kursus ini t melibatkan kos daripada peruntukan LDP sebanyak RM 1047.50
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK