Wednesday, June 18, 2008

LDP siri 2/08 Mozac

Latihan dalam perkhidmatan siri 2/2008 bagi Sek .Men Sains Muzaffar Syah Melaka diadakan pada hari sabtu 14 Jun 2008 bertempat di bilik APD, makmal bestari, bilik Media dan Bilik gerakan sekolah Pengisiannya adalah ceramah dan bengkel mengenai terma guru cemerlang, pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang diikuti dengan demontrasi dan bengkel ICT penggunaan papan multimedia dan persembahan hasil perbengkelan .Penyertaan guru seramai 62 orang .

Aturcara kursus

0750 pagi : pendaftaran
0800-0900 : Terma guru cemerlang ( Hjh Saripah Ahmad)
0900-1000 : Pengajaran dan pembelajaran cemerlang (Pn Hjh Saripah Ahmad)
1000-1030 : minum pagi di kantin
1030-1115 : Penggunaan multimidia board ICT ( Pn Siti Hasnah)
1115-1200 : bengkel penghasilan bahan pengajaran ICT (En Sazali dan Pn Hafiza)
1200-100 : pembentangan hasil perbengkelan kumpulan
1 00 tgh : makan tengah hari

Kursus hari ini didapati amat bermakna dan memberi faedah untuk meningkatkan pemahaman guru tentang teknik dan strategi baru dalam profesionnya dan telah mencapai matlamatnya.
Kos pengendalian kursus untuk siri ini adalah RM 1600.00 meliputi minum pagi , makan tengah hari dan perlengkapan alatan kursus dan perbengkelan .

Laporan disediakan
S/U Latihan dalam Perkhidmatan