Wednesday, September 10, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN STAR KALI 2

STAR telah mengadakan program ini pada 21 Jun 2008. Program bermula pada 8.00 pagi.Dua tajuk yang telah disampaikan iaitu Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta Penggunaan GSP.Program ini diadakan di bilik Persidangan dan di Pusat Sumber Bestari STAR dan dihadiri oleh 54 orang guru.
Matlamat program adalah untuk membantu guru mendalami ilmu IT dan mengaplikasi kepada pelajar.
Program dijalankan dalam bentuk ceramah dan tunjuk ajar.Dua pegawai iaitu Encik Zamhuri bin Tasir dari PSPN,Perak dan Encik Krishian a/l Gobal telah dijemput.
Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM1060.00 (RM seribu enam puluh sahaja)
Kursus telah berjaya dijalankan dan guru mendapat manafaat darinya.