SMS Kuching telah menggadakan kursus 'Phonetics' pada 6 Ogos 2008. Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat SMS Kuching dan dihadiri oleh 25 orang guru Sains dan Matematik (Guru PPSMI). Kursus ini dijalankan untuk memantapkan 'pronunciation' di kalangan guru-guru sains dan matematik yang amat diperlukan dalam P&P bagi mata pelajaran sains dan matematik . Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah penerangan serta latihan tentang 'Phonetics'. Guru diminta menjawab soalan yang disediakan oleh penceramah.Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh seorang guru Bahasa Inggeris dari SMK St Thomas yang mempunyai pengkhususan dalam bidang tersebut. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 396.00.
Semoga kursus ini mencapai matlamat.
Laporan disediakan oleh:
HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK