
SM Sains Teluk Intan telah mengadakan kursus APMS - Pengurusan Headcount Akademik pada 21 Jun 2008 di Bilik Gerakan dengan dihadiri oleh 60 orang guru termasuk Tuan Pengetua dan penceramah. Kursus ini di laksanakan untuk meningkatkan profesionalime keguruan serta meningkatkan keupayaan guru menggunakan data peperiksaan untuk memantau serta membuat "projection" akademik pelajar serta Sekolah.
Sesi ceramah ini disampaikan oleh En Muhammad Syukran bin Mustafar@Mokhtar (guru head count), En Azlan Nor bin Hussin @ Abdul Rahim (Setiausaha Peperiksaan) serta En Addenan Osman (Penolong Kanan) dari Sekolah ini. Kandungan Kursus ini bersekitar konsep headcount sebagai alat projection akademik serta latihguna menggunakan perisian Academic Projection and Monitoring System (APMS) yang dibangunkan oleh DMH Softwares. Kos pelaksanaan Kursus ini adalah sebanyak RM720.00 (RM : Tujuh Ratus dan Dua Puluh Sahaja)
Disediakan oleh,
Setiausaha Kursus LDP SEMESTI