Satu Kursus untuk membina Kerja Berpasukan dikalangan guru dan kakitangan di SM Sains Teluk Intan telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2008 bertempat di tapak perkhemahan, Jabatan Hutan di Brincang , Cameron Highlands. Kursus ini bertujuan memupuk sikap bekerjasama, bertolak ansur serta beraklak mulia di samping meningkatkan motivasi serta daya saing para guru dan kakitangan sokongan. Seramai 70 orang telah menghadiri Kursus terdiri dari guru, kakitangan sokongan fasilitator/jurulatih. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah "teambuilding", latihan-latihan dalam kumpulan (LDK) serta aktiviti Merentas Hutan. Kursus ini di kendalikan oleh En Abdul Halim bin Abdul Aziz serta dibantu oleh fasilitator-fasilitator dari Kelab Rekreasi dari Manjung. Kos dari peruntukan LDP untuk mengendalikan ini adalah sebanyak RM 2010.00 dengan perbelanjaan selebihnya dari sumbangan PIBG serta peserta Kursus.
Disediakan oleh
Setiausaha LDP SEMESTI