Saturday, May 10, 2008

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI SBPI SELANDAR SIRI 2/2008 (10 MEI 2008)

SLOT 1 - Taklimat Karnival Sukan Asrama
di sampaikan oleh Tn Hj Baharudin Husin PK HEM
SLOT 2- Eika Keguruan Tn Hj Sharif Ebok PK 1
SLOT 3 - Ceramah PERASA di sampaikan oleh
En Baba bin Ismail

Aktiviti Perasa
Penyampaian cenderamata oleh Penyelaras
LDP Pn Hjh Rafidah (GKMP Sains matematik)
Tarikh : 10 Mei 2008
Masa : 8.00 pg -2.00 ptg
tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS
Bilangan peserta : 51 orang
tajuk Latihan : Slot 1 :Taklimat Karnival Sukan Asrama PK Hem
Slot 2:Pengurusan Kurikulum Oleh PK 1
Slot 3: Kursus Pembimbing rakan Sekerja oleh En Baba bin Ismail , Kaunselor PPD Melaka Tengah
Kursus ini bermula dengan ucapan pengetua kanan , En Karim bin Bayok, diikuti taklimat Pengurusan Kurikulum oleh PK 1 ,Tn Hj Shariff bin Ebok tentang etika perguruan. Pada pukul 8.30 hingga 9.00 pagi GPK Hem , Tn Hj Baharuddin bin Husin telah menyampaikan taklimat berkenaan Karnival Sukan Asrama yang akan diadakan pada 21 Jun 2008. Kemudian Taklimat Pengurusan Kurikulum diadakan dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi disampaikan oleh PK 1. Beliau mempersembahkan secara powerpoint . Dalam Taklimat Pengurusan Kurikulum diharap guru-guru dapat menghayati etika perguruan. Selepas berhenti rehat lebih kurang pukul 11.00 pagi , Slot Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA) dimulakan. . Dalam kursus PERASA diharap wujudnya budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga pendidik SBPI Selandar. Dalam Slot PERASA ini guru -guru teruja dengan aktiviti yang menyentuh perasaan hingga ada yang mengalirkan airmata. Difahamkan PERASA bermatlamat sebagai satu cara memanusiakan manusia, muhasabah diri, menjalinkan hubungan dan membina pasukan yang saling memahami . Keseluruhannya kos kursus seperti berikut :
bayaran penceramah : RM 300.00
jamuan : RM 540.00
Jumlah : RM 840.00
DISEDIAKAN OLEH :
PENYELARAS LDP
GKMP SAINS DAN MATEMATIK SBPIS

Thursday, May 8, 2008

SEMINAR – PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH




Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah mengadakan Seminar Pengajaran & Pembelajaran Berkesan untuk guru-guru sekolah ini pada 12 April 2008 bersamaan hari Sabtu. Kursus ini telah diadakan di Dewan SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang dan telah dihadiri oleh 37 orang guru SBPI Temerloh.

Seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah serta memantapkan lagi profesyen perguruan untuk guru-guru sekolah ini. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah dan soal jawab.

Sesi ceramah telah di kelolakan oleh 2 orang penceramah dari daerah Kuantan. Penceramah slot 1 & 2 ialah Tn Hj Shamsuddin Endut iaitu Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah menyampaikan ceramah yang bertajuk; 1) Menjana Kecemerlangan Diri Sebagai seorang Pendidik ( 9.00 pagi – 11.00 pagi ) dan 2) Memahami Pelajar kearah P&P Efektif ( 11.30 pagi – 1.30 petang ). Manakala slot petang ( 2.30 petang – 4.30 petang) bertajuk Pengajaran & Pembelajaran Berkesan disampaikan oleh Tn. Hj Abdul Rashid Bin Ibrahim dari Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, cawangan Kuantan.

Seminar ini telah melibatkan kos berjumlah RM600.00 ( RM Enam ratus sahaja )

Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati seminar ini telah mendapat respon yang baik daripada guru-guru. Semoga kursus ini mancapai matlamatnya.




Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SBPI Temerloh

Tuesday, May 6, 2008

KURSUS PENINGKATAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU SAMURA

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA

( KURSUS PENINGKATAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU SAMURA)

Pada Sabtu 26 April 2008 seramai 67 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus Peningkatan Bahasa Inggeris untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru seterusnya mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kursus dimulai dengan slot 1 iaitu Classroom Language yang mana aktivitinya terdiri daripada Comedy of Errors, Correct the Errors, Word Builder dan Sentence Builder. Kursus dikendalikan oleh Pn Siti Zubaidah bt Engan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Selepas rehat, kursus diteruskan dengan Slot 2 dimana aktiviti merangkumi Language used in the Laboratory dan Writing and delivering Messages. Slot ini disampaikan oleh guru Bahasa Inggeris, Cik Siti Norhida bt Othman.

Kursus diteruskan lagi selepas makan tengahari dengan aktiviti Using modals in giving advice, reprimands and motivation, Conducting Councelling Session dan Classroom control and management. Slot ini dikendalikan oleh Pn Hjh Maslinda bt Tamrin, guru Bahasa Inggeris.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sangat menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1370.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam memperkukuhkan lagi penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.

Laporan Kursus Keibubapaan di Tempat Kerja Sekolah Menengah Sains Labuan



1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu program baru di bawah RMK ke- 9 dan telah mendapat kelulusan Jemaah menteri pada 29 Mac 2006. Ia merupakan satu program kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) . Pihak LPPKN di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah dan akan mengadakan Program Keibubapaan di Tempat Kerja (Parenting @Work) di setiap Jabatan di Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya disasarkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di agensi-agensi kerajaan di Peringkat Persekutuan dan negeri. Sehubungan dengan itu Sekolah Menengah Sains Labuan adalah salah satu Jabatan yang terpilih untuk diadakan kursus tersebut.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja di samping memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

3.0 PELAKSANAAN

TARIKH: 5 April 2008
TEMPAT: Bilik Pancaindera SMSL
MASA: 7.45 Pagi– 4.30 Petang
PESERTA: Semua Guru dan KTBM
4.0 PENCERAMAH

1. Cik wan Nurazlinah binti Wan Abd Rahman
Pegawai Penerangan LPPKN W.P. Labuan
2. En. Mad Noh bin Saiman
Pegawai Psikologi W.P. labuan
Fasilitator
1. En. Eddysamond bin Layun
Penolong Pegawai Penerangan LPPKN
2. Pn Noraini Osman
Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat LPPKN W.P. Labuan
3. En Roseemyzal Nordin
Pem. Penerangan LPPKN
4. Pn Maria Hussein
Pem. Pembangunan Masyarakat LPPKN W.P.Labuan
5. En Mohd Fadil Khamis
Juru Audio Visual LPPKN W.P.Labuan


5.0 SASARAN

Semua guru dan KTBM

6.0 PERBELANJAAN

6.1 Cenderamata untuk Penceramah dan Fasilitor
RM 10.00 X 8 = RM 80.00

6.2 Makanan

Minum pagi : RM 2.00 X 70 = RM 140.00
Makan tengahari : RM 6.00 X 70=RM 420.00
Minum Petang: RM 2.00 X 70 = RM 140.00
Jumlah: RM 700.00

Jumlah Keseluruhan = RM 80.00 + RM 700.00
= RM 780.00

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini adalah menarik dan banyak memberi input baru kepada staff di Sekolah Menengah Sains Labuan. Sambutan adalah menggalakkan, walau bagaimanapun disebabkan oleh kebanyakkan staff mempunyai urusan rasmi masing-masing maka tidak semua staff dapat hadir. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang.





Disediakan Oleh,
Rohana bt Yasin
Guru Kanan Sains dan Matematik
Sek.Men.Sains Labuan.

KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM SBPI SELANDAR SIRI 1/2008

Tarikh : 23 April 2008
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SBPIS

Penceramah : En Mokhtar Bin Husin


SBPI Selandar telah mengadakan Kursus Pengurusan Kokurikulum pada 23 April 2008 dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang di bilik Mesyuarat SBPIS . Penceramah yang diundang adalah En Mokhtar Bin Husin , guru penolong kanan kokurikulum Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban.Perbelanjaan sebanyak RM480.00. Bilangan peserta seramai 60 orang. Matlamat kursus dapat mengembangkan pengetahuan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.Pengisiannya guru dapat mendalami dan mengetahui peranan sebagai guru penasihat.

Disediakan,
Penyelaras LDP

Kursus Dalam Perkhidmatan di SASER




Tarikh Kursus :
3 Mei 2008 ( Sabtu )

Tempat :
Bilik Kuliah Sekolah Menengah Sains Seremban

Masa :
8.00 pagi – 12.30 tgh

Penceramah :
Pn. Zahuren bt Abdul Kadir
En Hafidzullah Helmy bin Abu Bakar

Sekolah Menengah Sains Seremban telah mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru pada 3 Mei 2008 (Sabtu). Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pn Zahuren bt Abdul Kadir dan En Hafidzullah Helmy bin Abu Bakar. Kursus dan Bengkel disampaikan bertajuk Amalan ICT dalam Pendidikan. Kedua-dua penceramah adalah guru Sekolah Menengah Sains Seremban. Objektif kursus diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru mengenai aplikasi ICT dalam pengajaran seperti penggunaan anti virus, pendaftaran e-mel, penggunaan e-mel dan persembahan powerpoint.
Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru Sekolah Menengah Sains Seremban. Kursus diadakan mulai jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.
Perbelanjaan untuk mengendalikan kursus ini sebanyak RM 10 x 45 = RM 450.00 untuk pebelanjaan minum pagi dan makan tengahari.


Disediakan oleh :
En. Roslie bin Ahmad
PK SASER

Thursday, May 1, 2008

Latihan Dalam Perkhidmatan Moz@c



Pada Sabtu 19 April seramai 60 orang guru SM Sains Muzaffar Syah Melaka telah menghadiri kursus dalam perkhidmatan bermula jam 0800 pagi . Kursus dimulai dengan taklimat mengenai ciri-ciri sekolah kluster diikuti pada jam 9 pg dengan pengisian ceramah mengenai Key performance Indicator (KPI) .Selepas minum pagi jam 1030 pagi kursus diteruskan dengan ceramah kedua berkaitan dengan penyediaan request for proposal (RFP) .
Tiga kumpulan guru kemudiannya diberikan tugasan masing-masing di bilik tayangan , bilik kaunseling dan kelas tingkatan lima untuk perkongsian idea .Guru-guru kemudiannya berkumpul kembali di bilik tayangan pada jam 1215 th untuk perbentangan kumpulan .Setiap kumpulan yang diketuai Tn Hj Hashim, En Ismail dan Pn Saripah Ahmad berjaya membentukkan RFP masing-masing berkaitan skop R & D, Penulisan dan ICT.Kursus diakhiri pada jam 1 th selepas makan tengah hari di kantin sekolah .Penolong Kanan En Roszelan Majid telah mengendalikan ceramah dan perbengkelan dibantu GKMP yang lain .Kos kursus adalah RM 720.00.

Diharapkan pengisian kursus ini dapat dimanafaatkan untuk kepentingan profesion perguruan .Laporan disediakan Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan Men Sains Muzaffar Syah.