Thursday, May 8, 2008

SEMINAR – PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN GURU SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH




Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah mengadakan Seminar Pengajaran & Pembelajaran Berkesan untuk guru-guru sekolah ini pada 12 April 2008 bersamaan hari Sabtu. Kursus ini telah diadakan di Dewan SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang dan telah dihadiri oleh 37 orang guru SBPI Temerloh.

Seminar ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah serta memantapkan lagi profesyen perguruan untuk guru-guru sekolah ini. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah dan soal jawab.

Sesi ceramah telah di kelolakan oleh 2 orang penceramah dari daerah Kuantan. Penceramah slot 1 & 2 ialah Tn Hj Shamsuddin Endut iaitu Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah menyampaikan ceramah yang bertajuk; 1) Menjana Kecemerlangan Diri Sebagai seorang Pendidik ( 9.00 pagi – 11.00 pagi ) dan 2) Memahami Pelajar kearah P&P Efektif ( 11.30 pagi – 1.30 petang ). Manakala slot petang ( 2.30 petang – 4.30 petang) bertajuk Pengajaran & Pembelajaran Berkesan disampaikan oleh Tn. Hj Abdul Rashid Bin Ibrahim dari Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, cawangan Kuantan.

Seminar ini telah melibatkan kos berjumlah RM600.00 ( RM Enam ratus sahaja )

Hasil daripada soal selidik dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati seminar ini telah mendapat respon yang baik daripada guru-guru. Semoga kursus ini mancapai matlamatnya.




Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SBPI Temerloh