Tuesday, May 6, 2008

KURSUS PENINGKATAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU SAMURA

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA

( KURSUS PENINGKATAN BAHASA INGGERIS UNTUK GURU-GURU SAMURA)

Pada Sabtu 26 April 2008 seramai 67 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus Peningkatan Bahasa Inggeris untuk semua guru yang diadakan di SAMURA. Kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.00 petang.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru seterusnya mempertingkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kursus dimulai dengan slot 1 iaitu Classroom Language yang mana aktivitinya terdiri daripada Comedy of Errors, Correct the Errors, Word Builder dan Sentence Builder. Kursus dikendalikan oleh Pn Siti Zubaidah bt Engan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Selepas rehat, kursus diteruskan dengan Slot 2 dimana aktiviti merangkumi Language used in the Laboratory dan Writing and delivering Messages. Slot ini disampaikan oleh guru Bahasa Inggeris, Cik Siti Norhida bt Othman.

Kursus diteruskan lagi selepas makan tengahari dengan aktiviti Using modals in giving advice, reprimands and motivation, Conducting Councelling Session dan Classroom control and management. Slot ini dikendalikan oleh Pn Hjh Maslinda bt Tamrin, guru Bahasa Inggeris.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sangat menarik minat para guru yang hadir. Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM1370.00 ini sangat memberi manafaat kepada guru-guru dalam memperkukuhkan lagi penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dan diharap berjaya mencapai objektifnya.