Thursday, May 1, 2008
Latihan Dalam Perkhidmatan Moz@c
Pada Sabtu 19 April seramai 60 orang guru SM Sains Muzaffar Syah Melaka telah menghadiri kursus dalam perkhidmatan bermula jam 0800 pagi . Kursus dimulai dengan taklimat mengenai ciri-ciri sekolah kluster diikuti pada jam 9 pg dengan pengisian ceramah mengenai Key performance Indicator (KPI) .Selepas minum pagi jam 1030 pagi kursus diteruskan dengan ceramah kedua berkaitan dengan penyediaan request for proposal (RFP) .
Tiga kumpulan guru kemudiannya diberikan tugasan masing-masing di bilik tayangan , bilik kaunseling dan kelas tingkatan lima untuk perkongsian idea .Guru-guru kemudiannya berkumpul kembali di bilik tayangan pada jam 1215 th untuk perbentangan kumpulan .Setiap kumpulan yang diketuai Tn Hj Hashim, En Ismail dan Pn Saripah Ahmad berjaya membentukkan RFP masing-masing berkaitan skop R & D, Penulisan dan ICT.Kursus diakhiri pada jam 1 th selepas makan tengah hari di kantin sekolah .Penolong Kanan En Roszelan Majid telah mengendalikan ceramah dan perbengkelan dibantu GKMP yang lain .Kos kursus adalah RM 720.00.
Diharapkan pengisian kursus ini dapat dimanafaatkan untuk kepentingan profesion perguruan .Laporan disediakan Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan Men Sains Muzaffar Syah.
Tuesday, April 29, 2008
LDP SBPI Kubang Pasu Siri 1/2008 (Pengurusan Headcount)
Monday, April 28, 2008
Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 1 2008
Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 1 2008
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Peningkatan Profesional Guru-Guru SMSPS siri 1 pada 17-18 April 2008. Kursus telah diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 55 orang guru SAINA. Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Surau.
Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan urusan-urusan kerja professional dan house keeping peringkat sekolah. Kursus ini memperuntukka kos sebanyak RM 2900.00. Konsep bekerja sepasukan amat diperlukan di sekolah ini. Justeru, guru-guru telah diagihkan kumpulan berdasarkan panitia mata pelajaran dan dipantau oleh guru-guru kanan bidang.
Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerjaya guru, beliau mampu mencurahkan pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru. Dengan tajuk ceramah Smart Skill, beliau juga telah memberi input-input baru dan segar yang perlu dikuasai oleh para guru.
Slot kedua diisi dengan program bercorak kerohanian di Surau Al-Fatonah. Guru-guru turut terlibat membaca Surah Yaasin dan mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Sheikh Haji Ahmad Bin Salleh dengan tajuk ceramah Tanggung Jawab Pendidik Muslim. Slot ketiga diisi dengan bengkel 1. Bengkel ini melibatkan semua peserta kursus dengan dipantau oleh ketua organisasi masing-masing bagi menyempurnakan urusan professional seperti memperkemaskan system fail, menyempurnakan dokumentasi dan membuat penilaian da nilai tambah bagi memperkemas urusan professional masing-masing.
Slot keempat diisi dengan program kerohanian, iaitu Solat Subuh dan Kuliah Subuh. Kuliah Subuh bertajuk Pendidik dan Amanah Allah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Bin Haji Ramli. Slot kelima diisi dengan bengkel 2, iaitu sambungan urusan kerja bengkel 1, diikuti bengkel 3 . Kursus ini diakhiri dengan majlis Penilaian dan Penutup pada pukul 3 petang. Melalui slot ini, guru-guru diminta membuat penilaian dan komen berkaitan kursus ini. Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,18 April 2008
Disediakan oleh,
Abdul Rashid Bin Othman,
Penolong Setiausaha,
JK Perkembangan Staf,
SM Sains Pokok Sena.
Friday, April 11, 2008
Ceramah Akauntabiliti Kewangan
Wednesday, April 2, 2008
Kursus "Team Building" SMS TAPAH (Contoh Format)

Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah merentas sungai waktu malam, ikhtiar hidup dan sukaneka air.
Sesi ceramah telah menampilkan seorang penceramah terkenal dari Pusat Perkembangan Bina Insan Ipoh, Dr. Ahmad Saipudin Mohamed. Beliau telah menyampaikan konsep pembinaan pasukan dalam bentuk permainan korporat yang begitu berkesan sekali.
Kursus ini ditutup secara rasmi oleh tuan PPD Batang Padang, Y.Bhg. Tn Hj Aladin bin Awang Ngah.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM1764.00 (RM satu ribu tujuh ratus enam puluh empat sahaja).
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.
Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMS TAPAH


