Monday, April 28, 2008

Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 1 2008


Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 1 2008

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Peningkatan Profesional Guru-Guru SMSPS siri 1 pada 17-18 April 2008. Kursus telah diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 55 orang guru SAINA. Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Surau.

Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan urusan-urusan kerja professional dan house keeping peringkat sekolah. Kursus ini memperuntukka kos sebanyak RM 2900.00. Konsep bekerja sepasukan amat diperlukan di sekolah ini. Justeru, guru-guru telah diagihkan kumpulan berdasarkan panitia mata pelajaran dan dipantau oleh guru-guru kanan bidang.

Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam kerjaya guru, beliau mampu mencurahkan pengalaman dan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru. Dengan tajuk ceramah Smart Skill, beliau juga telah memberi input-input baru dan segar yang perlu dikuasai oleh para guru.

Slot kedua diisi dengan program bercorak kerohanian di Surau Al-Fatonah. Guru-guru turut terlibat membaca Surah Yaasin dan mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Sheikh Haji Ahmad Bin Salleh dengan tajuk ceramah Tanggung Jawab Pendidik Muslim. Slot ketiga diisi dengan bengkel 1. Bengkel ini melibatkan semua peserta kursus dengan dipantau oleh ketua organisasi masing-masing bagi menyempurnakan urusan professional seperti memperkemaskan system fail, menyempurnakan dokumentasi dan membuat penilaian da nilai tambah bagi memperkemas urusan professional masing-masing.

Slot keempat diisi dengan program kerohanian, iaitu Solat Subuh dan Kuliah Subuh. Kuliah Subuh bertajuk Pendidik dan Amanah Allah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Bin Haji Ramli. Slot kelima diisi dengan bengkel 2, iaitu sambungan urusan kerja bengkel 1, diikuti bengkel 3 . Kursus ini diakhiri dengan majlis Penilaian dan Penutup pada pukul 3 petang. Melalui slot ini, guru-guru diminta membuat penilaian dan komen berkaitan kursus ini. Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Tuan Haji Jamaluddin Bin Ariffin mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,18 April 2008

Disediakan oleh,

Abdul Rashid Bin Othman,

Penolong Setiausaha,

JK Perkembangan Staf,

SM Sains Pokok Sena.