Tuesday, July 14, 2009

SMSKS LDP 6/2009: FORUM: KEMPEN ANTI-BULI, TEMA: “KUSESS ANTI-BULI, KITA SATU KELUARGA”


Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang memainkan peranan penting dalam mendidik remaja agar berkembang selaras dengan kehendak agama, bangsa dan negara. Bagi tujuan tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG SM Sains Kuala Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan forum "Kempen Anti Buli" di peringkat sekolah sebagai penggerak diri pelajar untuk menghindari perlakuan tersebut. Program ini telah berlangsung pada 11 Julai 2009, bertempat di Dewan Prima SMSKS, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Melalui program ini diharapkan semua warga sekolah akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang keburukan buli, jenis-jenis buli, ciri-ciri pembuli, dan siapa yang terlibat dengan buli ini, seterusnya bersama-sama membenteras kejadian buli di sekolah.

Panel Forum (Penceramah) jemputan:
1. Encik Khaidir Bin Abdullah (Penolong Pengarah Kanan HEM JPN Selangor)
2. ASP Mohd Faudzi Bin Hemdi (Pegawai Unit Cawangan Khas Ipd Kuala Selangor)
3. Tuan Haji Haslin Bin Baharin (Penceramah Bebas)

Forum ini disasarkan kepada pemua pelajar, ibu bapa dan guru-guru SMSKS.
Semua perbelanjaan untuk menjayakan program ini adalah daripada peruntukan PIBG SMSKS.
"KUSESS ANTI-BULI, KITA SATU KELUARGA"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS