Tuesday, July 14, 2009

LDP Siri 1/09 SAINSKU P&P Berkesan dan Penulisan Refleksi dalam Buku Rekod

Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus pengajaran dan pembelajaran berkesan dan penulisan refleksi dalam buku rekod pada 2 Mac 2009. Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 54 orang guru . Kursus ini dijalankan adalah untuk berkongsi teknik P&P berkesan dan penulisan refleksi dalam buku rekod. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah perkongsian teknik P&P berkesan dan penerangan cara penilisan refleksi yang betul dalam buku rekod. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh tiga orang Guru Cemerlang SM Sains Kuching. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 270.00Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:
HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK