Sunday, December 6, 2009



CERAMAH GURU CEMERLANG - LDP 6 SBPI KUBANG PASU

Pada 25 Oktober 2009, SBPIKP telah menganjurkan Ceramah Guru Cemerlang. Ceramah ini diadakan di bilik mensyuarat As Syura dan dihadiri oleh 35 orang guru. Ramai guru tidak dapat menghadiri ceramah ini kerana terlibat dengan aktiviti di luar sekolah.

Ceramah ini disampaikan oleh Pn. Ramlah bt. Idris, guru cemerlang SMK Pulau Nyior dengan kos RM 560.

Objektif ceramah ini diadakan ialah
1. Untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SBPIKP prosedur dan syarat-syarat
untuk menjadi guru cemerlang.
2. Keistimewaan dan kelebihan menjadi guru cemerlang


Guru-guru yang hadir dapat memahami objektif kursus dan bersemangat untuk menjadi guru cemerlang 2010.


Disediakan oleh
Setiausaha LDP SBPIKP 2009