Sunday, December 6, 2009


BENGKEL KECEMERLANGAN GURU DAN SEKOLAH LDP 4 SBPI KUBANG PASU

Pada 4 Ogos 2009, SBP Integrasi Kubang Pasu telah menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Guru dan Sekolah. Bengkel ini dilaksanakan di bilik mesyuarat As Syura dan dihadiri oleh 52 orang guru. Bengkel ini disampaikan oleh En. Baharudin bin Osman , pengetua SBPIKP tanpa melibatkan sebarang kos.

Objektif bengkel ini diadakan ialah:
1. Memahami dan menghayati visi dan misi sekolah

2. Menyusun strategi meningkatkan kecemerlangan diri, sekolah dan pelajar-pelajar

3. Melaksanakan apa yang dirancang unruk mencapai objektif yang telah ditetapkan

Semua guru yang menghadiri bengkel ini memahami apa yang disampaikan oleh penceramah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencemerlangkan diri dan sekolah



Disediakan oleh
Setiausaha LDP SBPIKP 2009