Monday, November 23, 2009

LDP SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH,TAIPING

PENDAHULUAN
Program perkembangan staf merupakan salah satu program tahunan yang dijalankan yang melibatkan para guru. Pelbagai program ataupun aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan guru-guru antaranya seperti ceramah dan bengkel bersesuaian dengan tuntutan dan cabaran yang terpaksa dihadapi kini.

OBJEKTIF
Program perkembangan staf ini dijalankan adalah bagi memastikan guru-guru dapat:-Meningkatkan mutu perkhidmatan di dalam melaksanakan tugas masing-masing.Memperkembangan ilmu sedia ada melalui maklumat-maklumat baru yang disampaikan.Meningkatkan motivasi, semangat dan kesejahteraan mental serta fizikal.Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan guru-guru.Mengaplikasikan segala bentuk ilmu baru di dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan guru-guru.

JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG : Pn. Rahimah Bt. Muhd. Sura
PENGERUSI : Pn. Noorhizan Bt. Muhd. Arif
SETIAUSAHA : Pn. Razhiyah Bt. Salleh
AJK
Penolong Kanan HEM :En.Kamaruddin Bin Ismail
Penolong Kanan Ko-Kurikulum :En.Asma Azmin Rashid Bin Mohd. Nawawi
Semua ketua bidang :En. Khairuddin Bin Razali
:En.Wong Tuck Ee
:Pn. Nabisah Beebi Bt. Mura Sahib
:Pn. Hasmyza Bt. Abd. Wahab
Kaunselor :En. Mohd. Izhar B. Mohd. Zahari
AJK PIBG :Pn. Sazni Aida Bt. Sabri
AJK Guru :Pn. Nurhafizah Bt. Muhd. Fauzi


PROGRAM-PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF YANG TELAH DIJALANKAN

(1)
28/3/2009
(6 JAM) MOTIVASI:GURU CEMERLANG
PENCERAMAH:EN. MOHD.DAWI BIN ITHNIN
MAKANAN
Pagi:RM 3x66=RM198.00
T/hari:RM9x66=RMRM594.00
Petang:RM3x66=RM198.00
Jumlah=RM990.00

(2)
25/5/2009
(6 JAM) EDU WEB TV
PENCERAMAH:PN. FAUZIAH HANIM
Pagi:RM 3x66=RM198.00
T/hari:RM9x66=RMRM594.00
Petang:RM3x66=RM198.00
Jumlah=RM990.00

(3)
20/6/2009
(6 JAM) PROGRAM KESEDARAN KEPENTINGAN STANDARD
PENCERAMAH:JABATAN
PENGURUSAN PANITIA
PENCERAMAH:PN. NOORHIZAN BT. MOHD. ARIF
Pagi:RM 3x66=RM198.00
T/hari:RM9x66=RMRM594.00
Petang:RM3x66=RM198.00
Jumlah=RM990.00

(4)
22/6/2009
(6 JAM) KOPERASI SEKOLAH
PENCERAMAH:EN. MOHD. HAFIZ BIN SATAR
T/hari:RM9x60=RMRM540.00
Air Mineral:RM20.00
Jumlah=RM 560.00

(5)
25/7/2009
(6 JAM) MEDIA DALAM P&P
PENCERAMAH:CIK AZWIN SYUHAIRAH &CIK SHUHAIMAH
Pagi:RM 3x66=RM198.00
T/hari:RM9x66=RMRM594.00
Petang:RM3x66=RM198.00
Jumlah=RM990.00

(6)
10/8/2009
(2 JAM) HEADCOUNT
PENCERAMAH:PN. RAHIMAH BT. MOHD. SURA

(7)
15/8/2009
(6 JAM) PENGURUSAN PROTOKOL MAJLIS RASMI
PENCERAMAH:PN. RAHIMAH BT. MOHD. SURA
Pagi:RM 3x66=RM198.00
T/hari:RM9x66=RMRM594.00
Petang:RM3x66=RM198.00
Jumlah=RM990.00

(8)
9/11/2009
(4 JAM) PENGURUSAN STOK
PENCERAMAH:EN. ROSLAN B.KASSIM



JUMLAH JAM: 42 JAM
JUMLAH KOS:RM 6500.00










LDP 1: 28/3/2009
MOTIVASI(GURU CEMERLANG SEKOLAH TERBILANG)
Motivasi berterusan amat penting dalam perkhidmatan.Justeru itu,S M Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan kursus LDP bertajuk Guru Cemerlang Sekolah Terbilang pada 28/3/09 yang telah disampaikan oleh penceramah En. Dawi B. Ithnin seorang pensyarah Institut Aminuddin Baki.
Antara Objektif utama ialah peningkatan dalam perkhidmatan dan diharapkan motivasi kali ini dapat menanam sikap bertanggungjawab di kalangan guru.
Kaedah kursus yang dijalankan ialah ceramah,sumbang saran dan soal jawab.














Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak



LDP 2: 25/5/2009
EDU WEB TV
S M Sains Raja Tun Azlan Shan telah mengadakan kursus Edu Web pada 25/5/2009. Kursus ini telah berlangsung di makmal komputer sekolah.Semua guru diberi pendedahan tentang Edu Web .Diharapkan dengan adanya kursus ini guru-guru dapat mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialan sesi penerangan/ceramah dan tunjuk cara.
Semoga kursus ini mencapai matlamat.






Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak

LDP 3: 20/6/2009
PROGRAM KESEDARAN KEPENTINGAN STANDARD

Mendapatkan maklumat yang betul dan tepat dalam sesustu perkara amat penting dalam kehidupan.Menyedari kepentingan tersebut S M Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan Program Kesedaran Kepentingan Standard yang telah disampaikan oleh Jabatan Standard Malaysia.
Antara objektif utama yang dicapai ialah dapat membuat keputusan yang bijak semasa membeli produk/perkhidmatan.













Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak



LDP 4: 22/6/2009
INTERGRASI KOPERASI SEKOLAH DAN KOPERASI DEWASA MEMUPUK KECEMERLANGAN

Menyedari kepentingan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek,pelbagai program telah diadakan.Jawatankuasa Perkembangan Staf S M Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan ceramah bertajuk Intergrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Memupuk Kecemerlangan.
Program ini dijalankan untuk menggalakkan budaya bekerjasama dalam kehidupan seharian sejajar dengan usaha untuk memupuk perpaduan.
Ceramah ini telah menggariskan beberapa objektif iaitu:
*member pendedahan kepada guru betapa pentingnya hubungan antara sekolah dengan agensi-agensi lain.
*member kefahaman mengenai penghayatan nilai-nilai murni yang patut ada untuk berjaya.
Kaedah kursus adalah ceramah.



Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak

LDP 5: 25/7/2009
MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan perisian media dalam P&P sememangnya banyak member manafaat kepada guru.Tambahan dalam membina bahan bantu mengajar.
Sehubungan itu Jawatankuasa Perkembangan Staf S M Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan kursus yang dipanggil Story Telling pada 25/7/2009 bertempat di Makmal Bestari.
Tujuan program ini dijalankan bagi membantu guru dalam menjalankan tugas masing-masing.
Kaedah yang digunakan ialah penerangan dan tunjuk cara.


Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak
LDP 6: 10/8/2009
HEADCOUNT
Kursus ini dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan serta meningkatkan terus cemerlang.
Objektif yang dapat dicapai ialah cara mencapai kecemerlangan akademik antaranya:
a)Perancangan Strategik -berdasarkan data keputusan peperiksaan
b)Pemantauan dan Penyeliaan-perlaksanaan program yang telah dirancang
c)Postmortem dan tindakan susulan-keupayaan guru yang mengajar dan kualiti soalan (JSU)






Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak

LDP 7: 15/8/2009
PENGURUSAN PROTOKOL MAJLIS RASMI

S M Sains Raja Tun Azlan Shah sekali lagi telah mengadakan kursus latihan dalam perkhidmatan bertajuk “PENGURUSAN PROTOKOL MAJLIS RASMI”. Kursus ini telah diadakan pada 15/8/09 bertempat di Bilik Gerakan.Semua guru menghadiri majlis ini.
Kursus ini telah disampaikan sendiri oleh Pengetua sekolah ini.Kursus ini sangat berguna dan dapat dijadikan panduan oleh semua guru berkaitan dengan amalan protokol dalam majlis rasmi.Kursus ini memberi input yang berkesan kepada semua guru berkaitan etiket dan ketertipan di meja makan serta protokol dalam mengendalikan majlis rasmi.
Kaedah kursus adalah ceramah.


Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak


LDP 8: 8/11/2009
PENGURUSAN STOK

S M Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan Kursus Pengurusan Stok bertempat di Bilik Gerakan.Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dari segi pengurusan kewangan yang dilaksanakan di sekolah ini.
Sesi ceramah berkaitan prosedur pembelian melalui pengurusan kewangan sekolah.Penceramah juga menyentuh prosedur pendaftaran stok.Bagi sesi ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pembantu Tadbir ini telah memberi pendedahan dan penerangan lengkap mengenai penerimaan,pendaftaran, penggunaan,penyimpanan dan pemeriksaan,penyelenggaraan,pelupusan dan kehilangan dan hapuskira.Kursus ini dibuat kerana terdapat perubahan dalam tatacara Pengurusan Aset Kerajaan yang perlu dipinda dari Kad Stok Lama ke Kad Stok Baru.




Disediakan oleh,
S/U LDP S M Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping,Perak