Monday, November 30, 2009


LAPORAN LDP STAR KE 5/2009
Tarikh : 30 November 2009
Tempat : Bilik Persidangan STAR
Sesi 1 LDP ke 5 bertajuk Kepimpinan Untuk Transformasi Pendidikan telah disampaikan oleh Encik Addenan Bin Osman, Penolong Kanan STAR . Beliau telah mengupas bagaimana transformasi pendidikan disebuah sekolah berkesan dicapai berdasarkan kepada empat sumber iaitu sumber Intelektual, Kewangan, Spiritual dan Sosial.
Sesi 2 LDP disampaikan oleh Encik Zakaria Bin Mohamad Yusof, Penolong Kanan Kokurikulum STAR membincangkan tajuk Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Guru-guru juga turut membuat penilaian terhadap aktiviti kokurikulum tahun 2009 sebelum sesi berakhir.
Program kali ini dihadiri oleh 47 orang guru dan kos yang digunakan adalah sebanyak RM620.