Monday, November 16, 2009


LAPORAN LDP STAR KE 4/2009
Tarikh : 07 November 2009
Tempat : Makmal Komputer Bestari
LDP ke 4 bertajuk EDUWEB TV telah disampaikan oleh Encik Abd Rahman Bin Rashid, guru ITC STAR bertujuan memperkenalkan Eduweb TV sebagai wadah pendidikan digital untuk semua.
Selepas sesi pengenalan dan pendaftaran, guru-guru berkumpul mengikut panitia bagi meneliti dan mengenal pasti bahan-bahan yang tersedia dialam perisian Eduweb TV bagi tujuan aktiviti dan P&P.
Program kali ini dihadiri oleh 42 orang guru yang telah memberikan komitmen yang memuaskan dan kos yang digunakan sebanyak RM558.