Wednesday, November 18, 2009

Kursus Head Count 2009

SMAP Kajang telah mengadakan kursus Head Count untuk guru-guru sekolah ini pada 14 Mac 2009. Kursus ini telah diadakan di Smapk (Bilik Seminar) dan dihadiri oleh 65 orang guru SMAP Kajang.
Kursus ini dijalankan untuk member pendedahan kepada guru-guru untuk mengesan dan memperbaiki kualiti kecemerlangan pelajar.

Objektif khusus dalam bengkel ini antaranya ialah:

-Mencapai akademik terbaik murid-murid mengikut piawai SBP dengan menggunakan head count.

-Membantu guru mengenal pasti samada setiap murid mencapai target dalam setiap mata pelajaran seperti yang telah ditetapkan (ETR).

-Menyusun strategi untuk menyelesaikan pelbagai cabaran dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik.

Kursus ini disampaikan oleh Puan Hajjah Salmiah binti Salleh. Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 750.00 ( RM tujuh ratus lima puluh sahaja).


Laporan oleh Pn. Hasnah Yusuff

Setiausaha LDP SMAPK 2009
Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang.