Wednesday, December 3, 2008

Program Perkembangan Staf Kali ke 9 - Kursus Pengurusan Sistem Rumah dan Kenal Personaliti Diri Ke arah Menjadi Guru Cemerlang



Sbp Integrasi Gombak telah mengadakan Program Perkembangan Staf kali ke 9 yang bertajuk Pengurusan Sistem Rumah dan Kenal Personaliti Diri Ke arah Menjadi Guru Cemerlang. Kursus ini dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaa 14 dan 15 November 2008. Kursus ini telah dihadiri oleh 60 orang guru SBPI gombak.


Kursus ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga pendidik yang bertanggungjawab, efektif dan inovatif. Di samping itu dapat menyediakan warga guru yang lebih berkualiti, berpengetahuan serta berkemahiran di dalam Pengurusan Sistem Rumah. Para guru juga dapat mengenal diri dengan lebih mendalam ke arah melahirkan warga pendidik yang cemerlang.


Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, bengkel, pembentangan dan sesi soaljawab. Program ini telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan HEM Pn. Aini bt Md Jadi serta kaunselor sekolah iaitu Pn. Nor Mahizon bt. Mohd Yusof. Kos bagi membiayai program ini sebanyak RM1764.00 yang meliputi makanan guru dan penceramah selama 2 hari berkursus.


Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.



Disediakan oleh


En. Mohd Fuad bin Abdul Wahab
Guru perkembangan staf SBPI Gombak