Sunday, November 30, 2008

TEKNOLOGI MAKLUMAT Dan KOMPUTER [ICT]













Kemajuan teknologi maklumat dan komputer telah membawa kemajuan dalam pendidikan masa kini. Guru dan staf sokongan di SMAP Kajang tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan penggunaan ICT dalam pengurusan sama ada dalam pengurusan pentadbiran mahupun dalam pengurusan dalam bilik darjah. Bagi meningkatkan penguasaan dan kemahiran terutamanya para guru dalam penggunaan ICT , kursus ICT telah dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat INFORMASI MEDIA yang bermula pada 28 Ogos, 29 Ogos, 22 September, 23 September dan 11 November 2008.



Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru dan staf sokongan yang menpunyai budaya ICT.
Antara objektif kursus ialah :

i. melahirkan budaya staf bermaklumat
ii. memantapkan penggunaan ICT dalam P&P
iii. menjadikan proses P&P lebih menarik dan menyeronokkan pelajar
iv. menjimatkan masa dan kos dalam penyediaan BBB dan RPH guru
v. memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.





Kursus ini telah diadakan di Makmal Bestari SMAP Kajang.

Kursus ini dijalankan dalam lima sesi:

Sesi 28 Ogos 2008 : Kursus pembinaan blog dikendalikan oleh saudara Noorman Saat
Sesi 29 Ogos 2008 : Kursus Photoshop dikendalikan oleh puan Rosnah Ahmad Zain.
Sesi 22 dan 23 September 2008 :Kursus binaan Web Site SMAPK dikendalikan oleh saudara Saipul Anuar Mohd Yusop dan saudara Noorman Saat.
Sesi 11 November 2008 : Pemantapan aplikasi Laman Web dalam P&P guru dikendalikan oleh saudara Noorman Saat.

Sasaran utama kursus ini ialah kepada Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua-ketua Panitia mata pelajaran dan kakitangan bahagian pengurusan turut dijemput [dalam sesi yang berkaitan]. Guru yang telah hadir dalam kursus ini seramai 31 orang.

Kos keseluruhan kursus berjumlah RM5000.00 dengan pecahan:
OS 29000 RM3460.00
OS 27000 RM 1540.00

Penyampaian oleh fasilitator amat menarik minat peserta dan para peserta sangat teruja untuk terus mendalami kemahiran yang disampaikan oleh fasilitator. Terima kasih kepada fasilitator yang tidak jemu melayan kerenah peserta dan terima kasih kepada pihak SBP kerana menyediakan peluang yang amat berharga ini untuk kami, muga dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

Harapan kami agar kursus ini dapat diteruskan untuk rakan-rakan yang lain dan untuk pemantapan bagi peserta yang telah mengikuti kursus ini. Seribu penghargaan untuk unit pengurusan LDP , SBP.

Laporan disediakan oleh,
Penyelaras LDP, SMAP Kajang.