Thursday, October 23, 2008

Bengkel ICT Di KTK


LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP
KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN

Bengkel ICT : Power Point / Photo Shop / GSP

Pengunaan Teknologi Maklumat dan Komputer (TMK ) atau ringkasnya ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan proses dan keberkesanan P&P.

Bengkel ICT untuk pendidik KTK telah diadakan pada 21.6.2008 ( Sabtu ) untuk memenuhi keperluan di atas. Objektif khusus dalam bengkel ini antaranya ialah

i. Guru-guru boleh menggunakan program Power Point , Photo Shop dan GSP
ii. Guru-guru boleh membina BBM dengan menggunakan perisian komputer.
iii. Guru-guru boleh mengaplikasikan kemahiran TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
iv. Guru-guru bekerjasama dan berkongsi kepakaran dalam kemahiran ICT.


Bengkel sehari ini dikendalian oleh tiga orang guru KTK yang mempunyai minat dan kepakaran dalam ICT . Tuan Hj. Anuar bin Ahmad mengendalikan bengkel Power Point di Bilik Pusat Sumber Elektonik (PSE), En. Nurhaizul Mohammad dengan bengkel Photo Shop di Makmal Cyber Didik dan En. Ahmad Bidin dengan bengkel GSP di Bilik Mesyuarat Balai Muafakat.

Peserta guru dibahagikan kepada kumpulan bengkel mengikut minat dan keperluan . Bagi guru matematik , bengkel GSP boleh membantu guru melukis gambarajah yang abstrak dalam matematik. Guru-guru sangat seronok dengan bengkel photo shop terutamanya apabila diminta membina BBM daripada gambar peribadi masing-masing. Power point sangat diminati oleh guru-guru yang perlu membuat penyampaian dalam Kursus PTK. Peserta guru sangat berpuas hati dengan bengkel ini dan berharap dapat diteruskan pada tahun depan dengan program komputer yang baru.

Tiga orang guru KTK sebagai fasilitator dalam bengkel ini perlu diberikan pujian serta penghargaan di atas sumbangan kepakaran mereka yang dikongsikan bersama rakan sejawat. Usaha murni mereka adalah antara sumbangan bermakna dalam meningkatkan profesion keguruan di kalangan guru-guru kami.


Laporan oleh Pn. Hjh. Hawa Basiran
Setiausha LDP Guru,
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.