Thursday, October 23, 2008

PENGURUSAN PSS CEMERLANG KTK


LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP
KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN

PENGURUSAN PSS CEMERLANG

TARIKH : 5.2.2008

MASA : 2.00 ptg – 5.00 ptg.

PENCERAMAH : PN. MASHITAH ABDULLAH
Pusat Sumber Pendidikan , Negeri Sembilan.

TEMPAT : BALAI MUAFAKAT , KOLEJ TUNKU KURSHIAH


Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah tempat yang memuatkan bahan-bahan maklumat dahulu dan terkini untuk digunakan oleh pelajar dan tenaga pengajar di sesebuah institusi pendidikan seperti sekolah. PSS perlu diselia dan ditadbir dengan baik dan kemaskini supaya menjadi tempat rujukan yang berkesan kepada pelajar dan tenaga pengajar. Perkhidmatan PSS perlu sentiasa ditingkatkan dan antara faktor pendorongnya ialah pertandingan PSS cemerlang yang diadakan setiap tahun.

Objektif kursus singkat ini adalah untuk memberi pendedahan dan garis panduan kepada guru-guru KTK tentang prosedur pengredan PSS dan pengurusan PSS yang cemerlang.

Penceramah adalah Penolong Pengarah Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan (PSPN) yang mempunyai banyak pengalaman dalam membimbing banyak sekolah kepertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan. Penyampaian Power Point yang diselang selikan dengan pengalaman semasa beliau menghakimi pertandingan PSS sangat menarik perhatian guru-guru.

Ceramah ini memberikan garis panduan kepada guru-guru KTK yang terlibat dalam pelbagai kategori penghakiman PSS seperti pertandingan BBM, Bilik Pusat Sumber dan Makmal dan Program Nilam. Melalui kursus ini guru-guru dapat mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk persediaan KTK dalam Pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 2008.

Laporan disediakankan oleh,

Pn. Hjh. Hawa Basiran
Setaiusaha LDP,
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.