Monday, October 20, 2008

LAPORAN 'EXECUTIVE TALK' SMSLD


Executive Talk ke 8 iaitu siri yang terakhir untuk tahun 2008 telah diadakan pada 11 Oktober 2008 (Sabtu) di Dewan Seri Bayu, Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Ia bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.30 petang. Sesi kali ini telah dihadiri oleh 65 orang staf. Ianya bertujuan untuk memenuhi Pelan Induk Pembangunanan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras 1: Membina Negara Bangsa. Ia menekankan Fokus 4 iaitu memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari. Di samping itu, sesi ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme para staf.

Dalam sesi ini, Tn. Hj. Eko Sukohidayat Bin Sunarto, Pengetua Cemerkang SMSLD telah menyampaikan satu slot ceramah yang bertajuk “Menangani Stress”. Antara aspek yang disentuh adalah definisi stress, punca dan tanda-tanda stress, serta cara-cara menguruskan stress apabila ia berlaku. Slot yang kedua adalah ceramah mengenai Islam Hadhori yang disampaikan olek Ustaz Mohd Isa Bin Abdullah yang dijemput dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau telah menerangkan definisi Islam Hadhori, visi dan misi serta objektif konsep ini. Beliau juga menghuraikan 10 prinsip asas dalam Islam Hadhori dengan memberikan penekanan kepada prinsip kelima iaitu ”penguasaan ilmu pengetahuan”.
Executive Talk ini telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua yang telah membuat pembentangan dalam siri Executive Talk sepanjang tahun ini. Jumlah kos adalah sebanyak RM1,660.00.