Wednesday, September 3, 2008

SMSKS LDP 9/2008: (i) KURSUS PENGURUSAN SISTEM FAIL DAN REKOD, (ii) KURSUS SEMANGAT BERPASUKAN (TEAMWORK)

SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan kursus latihan dalam perkhidmatan seterusnya bagi tahun 2008 pada 29 dan 30 Ogos 2008 (Jumaat dan Sabtu). Terdapat 2 kursus yang diadakan iaitu:
1. 29 Ogos 2008 - Kursus Pengurusan Sistem Fail
2. 30 Ogos 2008 - Kursus 'Teamwork' Untuk Kecemerlangan Sekolah

Kursus Pengurusan Sistem Fail telah diadakan pada jam 2.30 hingga 5.45 petang di Bilik Seri Bayu. Penceramah yang dijemput ialah En Ibrahim bin Abdul Rahman, pegawai JPNS. Beliau telah menerangkan proses mengklasifikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara fail. Guru turut mengetahui jenis fail dan cara meminitkan surat masuk dan surat keluar. Kursus ini telah dihadiri oleh 90 orang guru dan kakitangan sokongan.
Kursus Semangat Berpasukan (Teamwork) telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang, dan dikendalikan oleh penceramah jemputan, En. Wan Hamzah Bin Wan Daud (mantan Pengetua SMS Faris Petra). Beliau telah berjaya menarik perhatian guru-guru berkenaan kepentingan melaksanakan kerja secara berpasukan untuk tujuan meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Perbelanjaan sejumlah RM 4300.00 telah digunakan untuk menjayakan program ini. Perbelanjaan telah digunakan untuk minum pagi dan makan tengahari peserta kursus serta bayaran penceramah.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan iaitu meningkatkan tahap kerjasama diantara guru dengan guru, guru dengan pelajar dan guru dengan kakitangan sokongan Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS