Wednesday, September 3, 2008

Kursus Haji dan Sembelihan SBPIJ 2008



Pada tarikh 27hb sehingga 28hb Ogos 2008, satu program besar telah diadakan melibatkan guru iaitu kursus Haji dan Sembelihan. Kursus ini dijalankan bermula 27hb (2.30pm sehingga 11.00pm) dan 28hb (7.00am sehingga 3.00am). Kursus ini meliputi amali dan praktikalnya sekali. Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan pada guru-guru berkiatan haji dan sembelihan. kelebihan di lihat kepada guru-guru agama yang mengajar berkiatan dengan haji dan sembelihan. Bahan-bahan untuk kursus ini telah mendapat bantuan dari Tabung haji. Manakala Penceramah adalah di kalangan Guru-guru agama SBP Integrasi Jempol sendiri. Ceramah telah di sampaikan Oleh ustaz Mukhtar bin Abdul Rani. Manakala Setiap tempat persinggahan haji di sampaikan oleh Ustazah Zawiyah. Kursus ini juga, di masukkan dengan praktikal sembelihan ayam dan lembu di bantu oleh Ustaz Haji Kholil bin Sheikh Ahmad. Program ini banyak memberi input dan melahirkan rasa ingin ke Tanah Suci untuk melakukan secara realistik. Kursus ini di akhiri dengan program RIMUP dengan memasak semua hasil dari latihan sembelihan tadi. Program ini telah menelan belanja sebanyak RM2,543.60. Diharapkan program ini memberikan ilmu serta impak kepada semua guru. terika Kasih pada smua yang terlibat.


Disediakan oleh,

Setiausaha Perkembangan Staf