Monday, August 4, 2008

ENGLISH COMMUNICATIVE SKILLS AT SASER



Kursus Dalaman ini telah disampaikan oleh En Azmin Sharin bin Abd Rahim pada 26 Julai 2008 mulai jam 8.00 pg hingga 4.30 ptg. Tajuk kursus yang disampaikan beliau Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (English Communicative Skills). Ceramah disampaikan dibahgaikan kepada 3 sesi. Sesi pertama menyentuh cara mengatasi kegemuruhan, merancang ucapan, kepelbagaian nada suara dan bahasa badan. Ses kedua menyentuh gaya sebutan yang betul dan sesi akhir merupakan bengkel latihan berucap di khalayak ramai dan sesi soal jawab. Penceramah memberikan teguran yang membina agar guru dapat memperbaiki kelemahan sama ada dari segi bahasa badan, sebutan, gerakan tangan, ekspresi muka dan interaksi mata.

Perbelanjaan kursus RM 800.00



Disediakan oleh:

En. Roslie b. Ahmad


Guru Penolong Kanan


SM Sains Seremban