Monday, August 4, 2008

BUDAYA KERJA BERPASUKAN DI SASER


Kursus Dalaman ini telah diadakan pada 23 Julai 2008 mulai jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Hjh Norbi bt Hj. Husin, Rektor Kolej Antarabangsa Melayu, Dunia Islam, Melaka.


Budaya kerja adalah cara kerja yang berdasarkan suatu system nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Budaya kerja korporat terdiri daripada beberapa ciri iaitu matlamat yang jelas, perancangan, pengendalian sumber secara berkesan, mengawal proses, meletakkan standard tertentu dan membuat pemantauan.


Acapkali budaya kerja ini tidak tercapai kerana terdapatnya beberapa perkara yang dianggap kurang penting seperti visi dan misi tidak dapat direalisasikan, kepatuhan kepada ketua dan tidak sedia mempraktikkan konsep “tugas merentasi tugas “. Selain daripada itu, kakitangan juga kurang menerapkan nilai-nilai etika kerja,nilai-nilai murni dan budaya organisasi.


Apakah panduan-panduan bagi membentuk sebuah budaya kerja berpasukan?


Perkara paling utama ialah membentuk peribadi cemerlang seperti amanah, benar bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang.Kedua, mengurus emosi diri dengan baik. Ciri ketiga ialah kesedaran dan kemahiran sosial.Contoh-contoh cirri ini ialah empati, membantu rakan, memberi galakan kepada rakan dan bersifat setia kawan.Perbelanjaan untuk mengendalikan kursus RM 200.00


Disediakan oleh:

En. Roslie b. Ahmad


Guru Penolong Kanan


SM Sains Seremban