Monday, August 11, 2008

Ceramah Pengurusan Kokurikulum SBPI Jempol 2008


Pada tanggal 06hb Ogos 2008 Khamis yang lalu SBP Integrasi Jempol telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan pengurusan kokurikulum. Sesi ini telah bermula pada pukul 2.30pm dan berakhir pada 5.30pm. sesi ceramah ini telah di hadiri seramai 40 orang guru. Walaupun sibuk dengan peperiksaan tetapi sambutan dari guru masih baik. Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Mukhtar bin Husin JU KOKU kebangsaan dan juga GPK KOKU Sekolah Dato Abdul Razak. Sesi ceramah ini menekan bagaimana nak melaksanakan perjalanan pengurusan kokurikulum yang cemerlang di sekolah. Selain itu, penceramah juga menekan akan dasar-dasar yang perlu di patuhi dalam kokurikulum. Ceramah ini berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai. Diharapkan ceramah ini meberi manfaat kepada semua guru dan pihak pengurusan. Sesi ini telah mnelan belanja sebanyak RM1044.00 sahaja. Sekian

Di sediakan oleh,
SU Perkembangan Staf