Thursday, June 26, 2008

LDP MCKK KE-3


Kursus LDP MCKK ke-3

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Penulisan Buku. Kursus ini adalah untuk guru-guru sekolah ini pada 24 Mei 2008. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Mohd Rauhi b. Mohd Isa yang diadakan di Bilik Persidangan Malay College dan dihadiri oleh 62 orang guru.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran penulisan buku dan cara-cara menerbitkannya. Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Syarikat Penerbitan Cerdik Sdn. Bhd. Dari Kuala Lumpur.

Pelbagai maklumat diberi kepada para peserta oleh penceramah.

Kursus ini melibatkan kos daripada peruntukan LDP sebanyak RM 880.00
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK