Thursday, June 26, 2008

Ceramah JSU SBP Integrasi Jempol 2008



Pada 26 Jun 2008 satu ceramah dan bengkel latihan dalam perkhidmatan telah di jalankan untuk semua guru. ceramah ini telah di jalankan pada pukul 2.00pm hingga 6.00pm telah di hadiri seramai 41orang guru. Objektif ceramah ini memberi pendedahan dan meningkatkan pemahaman berkaitan dengan Jadual Spesikasi Ujian. Ini akan membantu guru-guru meningkatkan kemahiran dalam membentuk soalan ujian. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Puan Hajah Rohana binti Abdul Ghani dari SMK Zaaba Kuala Pilah. sesi telah di mulakan dengan ceramah dan di ikuti dengan bengkel pembinaan item soalan berdasarkan jadual spesifikasi ujian. Ceramah ini telah mendapat sambutan baik dan komitmen dari semua guru. di harapkan ceramah ini mencapai matlamat yang di inginkan. Ceramah ini telah menelan belanja sebanyak RM 550.00 sahaja.


Di sediakan,

Setiausaha

Perkembangan Staf SBPIJ