Monday, June 30, 2008

LAPORAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL 2008 SIRI 1

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin telah mengadakan Cemarah Isu Global untuk guru-guru sekolah ini pada 14 Jun 2008 . Ceramah di adakan di Dewan Besar Sekolah dan di hadiri oleh 69 orang guru SMS SMS Tun Syed Sheh Shahabudin.
Kursus ini di adakan untuk menyedarkan tentang isu global semasa yang telah melanda dunia ini. Perbincangan di lakukan tentang punca dan cara untuk mengatasi masalah ini.
Program dimulakan dengan pendaftaran pada pulul 8.00 hingga 8.30 pagi. Satu sesi permainan diadakan di padang bersama dengan ahli keluarga guru dan pelajar pada pukul 8.30 – 9.30 pagi.
9.30 – 10.30 Ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, bacaan doa, ikrar dan nyanyian serta persembahan di adakan.
Ceramah oleh guru cemerlang SMS Tun Syed Sheh Shahabudin yang juga aktivis alam sekitar En. Tan Khan Aun dengan tajuk Water Is life – Let Every Drop Count. Majlis di akhiri dengan persembahan pelajar dan jamuan tengahari.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 890.00 (Lapan ratus sembilan puluh sahaja)

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Penolong Kanan
SMSTSSS