Sunday, June 8, 2008

Ciri-ciri Guru SBP berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Tarikh : 10 Mei 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg – 4.30 ptg
Kos : RM1020

Pada pukul 8.30 pagi, bertempat di Bilik Gerakan semua guru Sekolah Menengah Sains Selangor berkumpul untuk menghadiri satu kursus perkembangan staf. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Abdullah bin Jusoh, Pengetua Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Kursus pada kali ini berkaitan dengan Ciri-ciri Guru SBP berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)- Pernyataan Standard


Guru-guru diberi penerangan secara terperinci mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)- Penyataan Standard. Apa itu SKPM dan bagaimana peranan guru dalam memenuhi kehendak SKPM ke arah melahirkan Sekolah Gemilang.
SKPM adalah dokumen rujukan yang digubal oleh Jemaah Nazir untuk tujuan pemantauan dan penyeliaan apabila mereka melawat ke sekolah-sekolah. SKPM terdiri daripada 3 dokumen iaitu
i) SKPM 1 – Penyataan Standard (PS)
ii) SKPM 2 – Instrumen Pemastian Standard (IPS)
iii) SKPM 3 – Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

IPS terbahagi kepada 4 dimensi utama dan 12 elemen yang perlu difahami dan dihayati oleh semua guru daripada pihak pentadbir hinggalah kepada guru di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu murid. Sehubungan itu sekolah dikehendakki melaksanakan SKPM dengan penuh semangat dan kesedaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara berkesan.
12 elemen tersebut dikelompokkan kepada 4 dimensi yang akan dinilai oleh Jemaah Nazir iaitu Dimensi
1. Hala tuju kepimpinan Sekolah 10%
2. Pengurusan Organisasi 30%
3. Pengurusan Program Pendidikan 45%
4. Kemenjadian Murid 15%
Elemen
1.1 Visi dan Misi
1.2 Kepimpinan
2.3 Struktur Organisasi
2.4 Perancangan
2.5 Iklim
2.6 Pengurusan dan Pembangunan Sumber
2.7 Pengurusan Maklumat
3.8 Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
3.9 Pengajaran dan Pembelajaran
3.10 Pembentukan Sahsiah Murid
3.11 Penilaian Pencapaian Murid
4.12 Kemenjadian Murid dalam Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah

Di bawah adalah jadual Penarafan Sekolah
0% – 9 % Tahap 1 Sekolah Lampau Lemah
10%-29% Tahap 2 Sekolah Sangat Lemah
30%-49% Tahap 3 Sekolah Lemah
50%-69% Tahap 4 Sekolah Sederhana
70%-89% Tahap 5 Sekolah Harapan
90%-95% Tahap 6 Sekolah Cemerlang
96%-100% Tahap 7 Sekolah Gemilang

Pengajaran & Pembelajaran yang berkesan untuk membangunkan potensi murid perlu ada 5 prinsip di bawah.
1. buka minda (minds-on)
2. buka naluri (senses-on)
3. secara praktikal (hands-on)
4. buka emosi (emotions-on)
5. semangat dalaman (spirits-on)

Setiap guru perlu mempraktikkan 5 prinsip ini semasa berada di dalam kelas agar setiap pelajar benar-benar telah bersedia untuk belajar.

Di akhir kursus sehari ini, Tn. Hj. Abdullah juga telah memberikan beberapa tip yang berguna untuk panduan kami menjadi seorang guru yang bermotivasi dan role model kepada para pelajar. Antaranya ialah persembahan slaid powerpoint yang bertajuk Muhasabah Diri dari Perspektif Pendidikan, Ciri-ciri berfikir dalam Islam, Ciri-ciri guru yang mempunyai konsep kendiri yang positif dan kenapa anda tidak cemerlang.
Disediakan oleh,
AJK Dokumentasi Latihan Perkembangan Staf
Sekolah Menengah Sains Selangor