Monday, June 9, 2008

Ceramah Pengurusan ICT SBP Integrasi Jempol 2008


SBPI Jempol telah mengadakan ceramah Pengurusan ICT di sekolah ini pada 13 Mei 2008. Ceramah telah diadakan di Bilik Al Mukhlisin SPBI Jempol dan dihadiri oleh 52 orang guru SBPI Jempol.
Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kecekapan penggunaan ict dalam pengurusan di SBPI Jempol.
Sesi ceramah telah menampilkan 3 orang penceramah iaitu Encik Irwan bin Ragiman (Penyelaras Sistem Rumah), Puan Norlida binti Baharudin (Penyelaras ICT) dan Encik SaifulNizam bin Zakaria ( Guru Data). Ceramah ini dimulakan dengan penerangan asas apa yang di maksudkan dengan Sistem Rumah. Kemudian ia disusuli dengan dengan ceramah berkaitan ISIS dan SBP Excellent. Akhir sekali, ceramah berkaitan sistem data peperiksaan yang baru di perkenalkan oleh JPNS.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM145.20 (RM satu ratus empat puluh lima dua puluh sahaja).
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
SETIAUSAHA
Perkembangan Staf.